Individual

Person To Person Money Transfer (P2P)

Corporate Payment Solution

Business to Business (B2B)





TML Remittance Center

Swing up to greater height with new innovative payment system


Our remittance service offer you fast, safe, efficient, reliable at a competitive reasonable price.

Tentang kita

TML ditubuhkan pada tahun 2008 dengan misi utama untuk memberikan perkhidmatan pembayaran global secara ekspres untuk berjuta buruh asing di Malaysia bermula dengan hanya 3 buah cawangan di Batu Pahat.

Kini TML telah menjadi pemain utama dalam industri perkhidmatan kewangan dan berjaya meluaskan perniagaan dengan 38 buah cawangan di seluruh Malaysia.

Sejak penubuhan , kami mencatatkan pertumbuhan dan peningkatan lebih daripada 10% dalam jumlah transaksi setiap tahun. Kami komited dengan prisip perniagaan kami dan piagam pelanggan dengan mengutamakan nilai-nilai murni iaitu amanah, boleh dipercayai, berintegriti dan fokus kepada pelanggan.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG.

TML telah ditubuhkan pada tahun 2008 oleh sekumpulan professional yang berpengalaman dalam bidang perbankan, pembuatan, perkhidmatan dan teknologi maklumat. Misi mereka adalah untuk memberikan kemudahan pembayaran dan pengiriman wang secara elektronik kepada berjuta-juta pekerja asing yang bekerja di dalam sektor perkilangan, perkhidmatan, pertanian, pembinaan mahupun yang bekerja di ladang-ladang terpencil di kawasan geografi berbeza di seluruh Malaysia.


Sistem Pemindahan Wang TML (P2P, B2P):
Berkuasa, Selamat, Cepat Daripada Penghantar Kepada Penerima




Visi ,Misi dan Perniagaan Kami.

TML remittance ialah perniagaan perkhidmatan kewangan pelbagai akses yang mempunyai cawangan di serata Malaysia. TML menawarkan transaksi kewangan menerusi pendekatan, kaedah dan juga platform baru untuk menghantar dana ke luar negara sama ada untuk orang perseorangan ataupun pembayaran merentas sempadan untuk perniagaan. Dengan adanya pelbagai rangkaian, saluran dan platform ini menjadikan TML dapat memberikan perkhidmatan terbaik yang cekap, berkesan, selamat dan mudah untuk diakses.

Visi

Visi kami adalah untuk menyediakan penyelesaian pembayaran bersepadu berdasarkan teknologi terkini untuk membolehkan individu atau syarikat korporat yang tidak mempunyai akses perbankan untuk menggunakan perkhidmatan kami tanpa perlu melalui cawangan bank tradisional.

Misi

Misi kami adalah untuk mencapai visi yang telah ditetapkan melalui strategi pendekatan pelanggan dan pembangunan masyarakat dengan merapatkan jurang perbezaan kewangan dan memberikan penyelesaian kos efektif kepada pasaran seluas mungkin.


PRODUK UTAMA KAMI

1.Penyelesaian Pembayaran Perniagaan Korporat (B2B)
2.Kiriman Wang Individu ke Individu (P2P)
3.Penerimaan Tunai di cawangan TML seluruh Malaysia
4.Pembayaran kredit ke akaun bank-bank di Malaysia



Perkidmatan Kewangan Nilai Tambah Untuk Pelanggan.


     Memberikan khidmat nasihat tukaran mata wang asing (forex) kepada PKS, peniaga, pengilang, pengimport dan pengeksport.     Peranan khidmat nasihat kami adalah untuk melindungi margin keuntungan perniagaan PKS dan melindungi syarikat-syarikat daripada turun naik kadar tukaran wang yang memberikan impak selain melindungi nilainya.
    Pembayaran- Pungutan Point of Sales untuk perniagaan online dan e-dagang.     Pembayaran Point of Sales (POS) tidak lagi hanya melalui kaunter cawangan TML tetapi meliputi pembayaran e-dagang ataupun jualan secara online di internet, telefon bimbit, ATM, e-wallet, dan lain-lain.
    Pembayaran- Pungutan Bil untuk pembayaran di peringkat domestik dan pembayaran ke negara asal penerima.     Pembayaran bil-bil seperti bil utiliti, bil import-export, bil agensi kerajaan memudahkan pelanggan kami membuat pembayaran secara cekap dan tepat pada masa selain mengurangkan kerumitan sama ada pembayaran tempatan ataupun luar negara terutama sekali di negara China, Filipina, dan Indonesia.
    Tambah Nilai Telefon Bimbit, E-wallet domestik ataupun di luar negara.      Kami menawarkan penyelesaina untuk pembayaran merentasi sempadan untuk e-commerce dan tiket tambah nilai telefon bimbit melalui applikasi telefon, online dan juga kemudahn e-wallet untuk negara China dan Indonesia. Pembayaran melalui e-wallet yang mudah serta selamat berbanding pembayaran dalam talian dalam bentuk lain.

Peristiwa

Kami menaja perlawanan bola sepak

Kami menawarkan perkhidmatan pelanggan selepas jualan yang terbaik


PENDEKATAN YANG HEBAT!

Pendekatan kami adalah untuk memastikan setiap penerima wang menerima wang mereka tepat pada masanya. Sistem pembayaran kami direka mengikut peraturan-peraturan yang diperakui. Untuk B2B, kami akan memastikan pembayaran merentasi sempadan adalah cepat, berkesan dan dalam masa yang sama membantu mengurangkan kos perniagaan anda.




Lembaga Pengarah



Had Maksimum Transaksi Kiriman Wang


Pemindahan wang ke akaun bank